Tengku Adnan semakin gusar, BN Putrajaya Menanti Rebah | Penamaan Calon P125

Sekitar Penamaan Calon di Parlimen P125-Putrajaya
Husam Musa VS Tengku Adnan

Kelihatan Hijau di mana-mana, Kini rakyat Putrajaya telah bangkit menunjukkan mereka tidak lagi gentar dengan ugutan dari pihak tertentu. Petanda Awal BN semakin menuju kekalahan. Kononnya boleh menang hanya dengan undi Penjawat Awam, Namun kini ianya telah berubah........Rakyat tidak lagi buta & Pekak,
Selamat Tinggal BN........................





Husam : Masalah Parkir Dan Sewa Premis Di Putrajaya Serius





PUTRAJAYA, 19 APRIL : Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mendakwa Kerajaan Pusat masih gagal menangani beberapa permasalahan serius dihadapi penduduk Putrajaya seperti masalah parkir, pelbagai kadar cukai dan sewa yang terlalu tinggi.

Menurut Husam, kekurangan parkir bagi kakitangan awam rendah di Putrajaya menjadi semakin serius sehingga memaksa golongan ini menggunakan parkir berbayar atau meletak kenderaan di bahu jalan.

Sehubungan itu, beliau akan mencadangkan kepada Perbadanan Putrajaya supaya memansuhkan sistem parkir berbayar bagi kemudahan meletakkan kenderaan.

“Mereka terpaksa menggunakan parkir berbayar, sedangkan tanah itu adalah tanah Perbadanan Putrajaya dan tidak ada apa-apa kemudahan yang disediakan cuma jalan tar sahaja.

“Saya mencadangkan Perbadanan Putrajaya menghapuskan parkir berbayar itu kerana sebahagian besar yang menggunakan parkir itu adalah staf bawahan,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya di sini hari ini.

Husam juga menerima aduan bahawa kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga di kafeteria bangunan kerajaan di Putrajaya terlalu tinggi dan membebankan peniaga dan pekerja bawahan.

“Semalam saya singah di kafeteria Kementerian Sumber Manusia, di situ ada 17 gerai masakan, dan peniaga bersungut kerana mereka terpaksa menyewa kepada orang tengah dan sewanya antara RM1200 hingga RM1500.

“Dan para pelanggan, pekerja bawahan berharap jika sewa dapat diturunkan, harga makanan juga dapat diturunkan.

“Saya harap perkara ini akan dikaji oleh Perbadanan, kenapa tidak samakan dengan bandaraya Kuala Lumpur, kenapa di Putrajaya terlalu tinggi, ini memberikan kesan kepada penduduk,” ujarnya lagi.

Sumber dipetik : Selangorku

Pergerakan Penyokong PR Penamaan Calon P125 Putrajaya

Bagi proses penamaan calon bagi parlimen P125-Putrajaya, 20 April 2013, pergerakan yang telah diatur ialah bermula jam 7.30 am

7.30 AM : Berkumpul di Surau AL-Husna, Presint 9.
                : Bermula dengan solat Hajat dan juga Solat Sunat Dhuha.

8.30 AM : Berarak beramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Kejiranan Presint 9.

PERINGATAN: 

 JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH PIHAK TERTENTU. JAGA ADAB .

SILA IKUT ARAHAN PETUGAS/ UNIT AMAL BAGI MELANCARKAN PERGERAKAN.

TEMA PAKAIAN : HIJAU- PAS, KUNING-BERSIH, MERAH - ROYALTI, HITAM-HKR JANJI SOPAN.

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT TELAH BERMULA...........IniKalilah~!!

Penjawat Awam Tidak Perlu Takut Undi Pakatan Rakyat

Silent Voters Putrajaya.
Anda tidak perlu menonjol,
Anda tidak perlu ikut kami gantung bendera,
Tapi
Kami perlukan Undi Anda
Untuk Ubah Semua Yang Tak Kena
Bersedialah  Berkhidmat Untuk Kerajaan Baru.
~Kerajaan Rakyat~


Khabar Angin yang dilemparkan oleh Pihak Yang Terdesak, Barisan Nasional menyatakan bahawa, Jika PR Ambil alih Putrajaya, kakitangan kerajaan akan dikurangkan adalah tidak benar sama sekali. Tiada yang akan dikurangkan, seperti kakitangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Tiada Penjawat awam diberhentikan kerja. :)

Keadilan Daily Diserang DDoS

Antara Lidah Rasmi Pakatan Rakyat , Keadilan Daily, telah diserang secara DDoS.
Seperti biasa bila pilihanraya menjelang tiba, portal-portal on-line yang memihak kepada Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini, Keadilandaily, Harakahdaily serta Tranungkite On-Line pasti menjadi sasaran serangan DDOS.







Dan dengan menjelangnya PRU13 ini yang mana penamaan calon akan diadakan esok hari, lidah rasmi PKR telah menjadi mangsa sasaran serangan tersebut.

Menurut Fazallah Pit portal tersebut telah menerima serangan tersebut mulai jam 8.00 malam semalam.

Berikutan serangan itu Keadilan Daily tidak dapat dilayari buat ketikan ini manakala usaha-usaha untuk memulihkan portal berita tersebut sedang dijalankan.

Sumber : Anak Sungai Derhaka

BN diambang Kemusnahan.........akibat terdesak, segala cara adalah HALAL bagi mereka untuk mencapai Matlamat mereka kekal Berkuasa....Fitnah, Lucah, Samseng.......Budaya Kotor.

Realiti Di Putrajaya : Luar Biru dalam Hijau.

Realiti Kenapa Barisan Nasional Putrajaya semakin terdesak
Kenapa setiap Bendera PAS di Putrajaya di larikan, di buang.


ANDA MENANG BENDERA DI PUTRAJAYA,
KAMI MENANG DI MEDIA MAYA.

1 BENDERA ANDA HILANGKAN,
10 BENDERA KAMI NAIKKAN. 


INI BUKTINYA................ KLIK SINI



JANJI DICAPATI.......~!


P/S : KOT-KOT LEPAS NI GUNA AUTOLIKE LAGI SEKALI, MACAM DI SINI MALU WOI~!

SENGAJA AKU BLURKAN NAMA PAGE NI, SEBAB TAK NAK BAGI PUBLISITI PERCUMA.

Bukan setakat nak upah samseng untuk curi bendera, tapi siap upah macai-macai untuk create pages untuk BN......

KAH KAH KAH KAH KAH
NAH...KLIK BAWAH NI.....



Jauhi Budaya Samseng dan Budaya Lucah., 
Selamatkan Malaysia.

Undilah Pakatan Rakyat



BN Putrajaya semakin terdesak latih remaja jadi samseng curi bendera.

Pertmbungan sengit antara PAS dan "Geng Otak Biru" atau lebih mesra dipanggil OKU (Orang Kuat Umno), menampakkan satu fenomena yang luar biasa sambutannya termasuk dari kalangan penjawat awam, yang mereka ini sendiri tidak menonjolkan diri malah, memberikan segala yang termampu untuk menangkan PR di Putrajaya.

Adakah anda semua tahu bahawa BN Putrajaya semakin terdesak, Mereka merekrut samseng-samseng yang terdiri dari lapisan pelajar lepasan sekolah yang mana mereka membayar dan mempergunakan remaja-remaja ini untuk melakukan kerja yang mereka sendiri tidak sanggup untuk melakukan. Budaya samseng dan lucah semakin menular dan Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kerakusan mereka.
Jadi tak mustahillah Calon BN di P125 Putrajaya juga bakal disandang oleh SAMSENG juga (Klik Sini).

DULU ORANG BN CAKAP PUTRAJAYA RAMAI ORANG LUAR,
SEKARANG SUDAH BERUBAH, KAMI ORANG TEMPATAN, KAMI MENGUNDI DI PUTRAJAYA UNTUK SINGKIRKAN KERAJAAN YANG KORUP.~!

BENDERA BN BERSEPAH DI PUTRAJAYA,
NO MONEY NO BENDERA,
YOU HELP ME, I HELP YOU, BUDAYA MEREKA

BENDERA PAS DI PUTRAJAYA BANYAK DIKHIANAT/ DICABUT OLEH JUAK-JUAK
GENG OTAK BIRU NI.......

Kronologi Samseng Upahan BN Putrajaya yang Kantoi~!.

6 Orang Remaja yang di Tarbiyah oleh BN untuk menjadi Samseng menaiki 3 buah motor, namun petugas PAS Putrajaya (Orang Tempatan) dapat mencekup mereka.

SABTU, 13/04/2013, JAM 4 .00 PAGI

-JANGAN TIRU AKSI INI-

Petugas/orang tempatan sempat mengejar remaja yang bermotosikal sambil memegang bendera PAS yang baru mereka cabut untuk dibawa balik ke markas bagi mendapatkan Bayaran. setelah disergah, mereka memecut motor. sempat lagi "snap" gambar kerana petugas naik motor berdua.......Style Arh~!


Bila sedar mereka ini diekori, terus sahaja mereka mereka mencampakkan bendera ke tepi jalan dan terus memecut motorsikal.

Mereka terus memecut motorsikal yang ditunggang menuju ke kumpulan juak-juak mereka, iaitu markas mereka di Presint 9, (Orang BN memang berani bila ramai). Petugas kita ni berdua jerrrr.....Kamikaze boh.

Ya ....Itu dia,...................semakin menghampiri......

Akibat ketakutan yang amat sangat, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka meredah lampu merah.


Akhirnya Petugas kita dapt mencekup remaja berkenaan, walaupun hampir dengan bilik gerakan juak-juak Geng Otak Biru. Remaja Lepasan SPM ini terketar-ketar dan membuat pengakuan dia DIBAYAR $$$$.

Haaaa.......ni geng-geng satu skuad dengan budak yang ditangkap , ketika ini Tiada Siapa pun petugas mereka di Markaz gerakan mereka pada ketika ini, malah, geng-geng ini juga yang menghubungi ketua-ketua samseng Geng Otak Biru untuk turun.......mereka dalam ketakutan....

Dalam beberapa minit selepas itu, barulah petugas-petugas tempatan yang berhampiran juga turun membantu 2 orang petugas kita yang mencekup Samseng upahan berkenaan.

Tidak berapa lama kemudian Geng Otak Biru pun turun beramai-ramai......haa..dah ramai baru la berani sikit....kalau tak, "Roti Kosong" la jawabnya......perbincangan dan diplomasi digunakan. Namun, tak ada lagi dijumpai orang BN yang baik, ada yang berlakon kononnya "NEUTRAL"  lah, Ada yang menghamburkan kata-kata lucah dan memaki hamun, (walaupun dalam hati) itu dah menjadi kebiasaan bagi mereka......

Dalam senyap-senyap...tapi kantoi juga... rakam senyap-senyap, snap pic sana sini, snap plat number motor petugas untuk nak fitnah lepas ni.....HAHAHAHAHAHAHAHA........

Perbincangan nampak semakin Buntu.....mereka dalam keterpaksaan untuk membela Pencuri Bendera atau samseng didikan mereka.

Motor Remaja yang mencuri bendera berposing.

Posing Lagi.....

Polis pun tiba untuk meleraikan keadaan dan pada ketika ini Polis membawa Suspek ke balai. Ketua Puak Otak Biru ini mula kegelisahan dan turut menyibukkan diri ke balai Polis.........

Namun, apa yang panas bermain di Blog-blog murahan Macai BN sekarang ialah.

"Markas BN Putra Harmoni Diserang Geng Spender Putih!"

 

 

Hakkkktuihhhh~!!!!!

markas pun tak ada orang malam tu.....lepas kantoi baru penuh


Amaran kepada Ibu Bapa.

Jangan biarkan anak remaja anda dekati mereka yang mendidik anak remaja kita dengan budaya samseng, lucah dan fitnah. Didiklah mereka melakukan perkara-perkara yang baik dan tidak mendapatkan hasil dari kerja-kerja yang haram. 

Budaya You Help Me, I Help You adalah budaya RASUAH~!




Berilah sokongan kepada mereka yang mentarbiyah mengikut lunas Agama. Insyaallah, Berjaya Dunia & Akhirat.


Raja Namrud dulu seorang Raja dan Pemimpin,

Firaun juga dulu seorang Raja & Pemimpin,

Abrahah juga dulu seorang Pemimpin,

Mustafa Kamal Attartuk juga seorang pemimpin

Qarun pula seorang Jutawan yang kaya-raya,

Tapi fikir bagaimana Allah menghancurkan mereka dan bala tentera mereka dengan Kehinaan.


Lagi Berita di : http://takbirputrajaya.blogspot.com

 

Dari Putrajaya. Powered by Blogger.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!