Isu Poligraf Menutup Malu Ku Nan kerana tidak turun Berdebat dengan Husam Musa

Ku Nan semakin terdesak sekarang, pelawaan daripada Husam untuk menghadiri sesi bual bicara bersama rakyat, bagi membentangkan pelan kehadapan untuk Putrajaya dalam konteks PRU13. Wacana sihat ini yang dihadiri lebih 3000 orang di Presint 3 (Belakang Istana Kehakiman) juga di kendalikan oleh moderator jemputan , Dr. Maszlee Malek , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.


Apabila menanti kehadiran Ku Nan yang tidak kunjung tiba, akhirnya program tersebut terus berlansung dengan lancarnya, Soalan-soalan yang agak Panas dilontarkan oleh moderator kepada Husam, namun ianya di jawab satu persatu dengan tenang dan cukup padat, tentang idea, dan juga pelan pelaksanaan yang meliputi kebajikan penduduk , penjawat awam, peniaga, guru, pembangunan dan semua aspek kebajikan.


Tiada lansung menghentam atau mengkritik peribadi Ku Nan sepertimana yang UMNO/BNPutrajaya sedang lakukan sekarang yang lebih mengsasarkan fitnah dan mengaibkan Husam.


Diskusi pada malam tersebut turut di meriahkan lagi dengan kehadiran seorang tokoh agama tanah air, iaitu Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA).

Komen Dr Maza di FB Beliau.



 Husam juga turut membuka soalan kepada semua hadirin yang terutamanya warga Putrajaya untuk bertanyakan terus kepada beliau segala persoalan dan matlamat halatuju PR sekiranya  Putrajaya ditawan.
Diskusi dua hala ini amat memberansangkan dan Warga Putrajaya tidak lagi mudah termakan fitnah dan Taktik Kotor UMNO/BN Putrajaya yang kian terdesak.


Ugutan terhadap Penghuni Kuarters Kerajaan Malaysia, Bukan Kerajaan BN
Tiada Kerajaan atau Pembangkang sehingga 6 Mei 2013. Harap Maklum


Kebiadapan dan keterdesakan Terserlah... KAH KAH KAH KAH

Bill Board Hantu yang tiada Logo Parti Menyerang Husam. Akibat ketandusan modal Politik.



Warga Putrajaya Mula Bersuara~!


Akhirnya...........UMNO menutupi aib mereka dengan...


Buat Ujian Poligraf terhadap Ku Nan tentang Isu bawah ni dulu deyyyy

masihkah kau ingat?

Gerak Kerja Kempen

Dalam memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar, mengerahkan seluruh tenaga, harta dan masa bagi memenangkan Islam, blog ini tidak sempat di update.

Harap Maaf.

Awas! Jangan Ketawa :Gelagat Tengku Adnan Berkempen di kalangan Penjawat Awam Putrajaya



SIANG tadi, ada satu kementerian mengadakan taklimat untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, semua penjawat awam di kementerian tersebut dipaksa untuk menghadirinya. Sesiapa yang tidak hadir akan diambil tindakan. Mereka tidak tahu siapa yang akan memberi taklimat berkenaan.

Apabila tiba di tempat program, barulah mereka tahu rupa-rupanya Datuk Seri Tengku Adnan yang akan memberi taklimat tersebut. Pada permulaan taklimat, beliau menerangkan serba sedikit mengenai taklimat tersebut tetapi tidak lama kemudian, topik mula beralih kepada kempen PRU13.

Setelah agak lama berkempen, beliau membuka peluang untuk para pekerja bertanya soalan. Rata-rata soalan yang dikemukakan menjurus kepada topik asal taklimat tersebut. Sebahagian besar soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab. Beliau berkata akan merujuk kepada pihak yang berkaitan. Sepatutnya pihak Perbadanan Putrajaya yang memberi taklimat tersebut. Sebab itulah banyak soalan mereka tidak dapat dijawab oleh Tengku Adnan.

Salah seorang staff ada mengadu kepada beliau mengenai satu markas parti politik yang didirikan berhampiran sebuah surau. Staff tersebut tidak suka dengan markas tersebut dengan alasan mengganggu program surau. Tengku Adnan berkata akan menyiasat dan mengambil tindakan jika markas tersebut ada melakukan kesalahan.

Beliau juga menambah, ada menerima banyak SMS, telefon, malah e-mail mengadu mengenai ceramah oleh calon PAS Husam Musa di Putrajaya yang mengganggu ketenteraman di kawasan sekitar. Jika begitu, konsert-konsert juga patut dilarang kerana diadakan di waktu malam dan bunyinya yang kuat sudah pasti mengganggu kawasan sekitar.

Agak lucu apabila di akhir taklimat, ketika hendak bersalam beliau melihat di barisan hadapan yang dipenuhi oleh staff wanita. Beliau berkata lebih kurang begini..

"Saya faham kita bukan muhrim, tak elok bersalam tetapi jika ada sesiapa yang hendak bersalam, saya akan hulur tangan"

Maklumat yang diperolehi, pada hari sebelumnya Tengku Adnan telah pergi ke kementerian lain untuk tujuan yang sama. Rupa-rupanya beliau telah dan akan pergi ke setiap kementerian di Putrajaya berkempen untuk Barisan Nasional.

Sumber Asal : MiloSuam

Semua AJK Surau Presint 11 di berhentikan, Petanda buruk bagi BN Putrajaya



BN Putrajaya semakin kritikal dan terdesak dan tidak henti-henti menabur fitnah buat masyarakat, terbaru, Pengerusi dan Bendahari  Surau Abdul Rahman Bin Auf, Presint 11 telah dipanggil mengahadap Ketua Pengarah JAWI dan di beritahu bahawa mereka dan SEMUA AJK Surau diberhentikan serta-merta. 

Sepanjang pemerhatian saya, Dato Husam tidak menyentuh tentang kempen ketika tazkirah beliau, apa yang beliau bertazkirah adalah sekadar perkongsian ilmiah dan ilmu agama, Pemimpin yang sebegini lah yang patut kita angkat, mereka mampu berkata-kata tentang agama, mampu bertazkirah, dan mampu naik ke mimbar-mimbar masjid untuk berkhutbah~!

Kalau nak harapkan Ku Nan, entahkan boleh entahkan tidak, Al-Maklumlah, pemimpin mereka, bab Najis Mughallazah pun dah fail...[Video sini]

Kalau nak tengok muka-muka Orang Kuat Umno (OKU) datang solat berjemaah.di surau-surau, menghidupkan rumah Allah 5 waktu pun susah, apatah lagi menyusun program-program agama. Namun bila ada pelantikan jawatan, mereka ini lah akan timbul dari merata-rata tempat kadang kala ada juga mereka yang sebulan sekali pun tak pernah nampak muka di surau pun boleh muncul.

APAKAH MEREKA FIKIR, RAKYAT TAKUT DENGAN MOMOKAN MEREKA, TAPI RAKYAT AKAN TERUS BANGKIT MELAWAN DAN AKAN TERUS MENJADI EJEN-EJEN YANG AKAN MEMENANGKAN ISLAM.



Kita Tolak Politik Sempit Umno-BN!!!!!~

Laporan Polis Terhadap Taktik Kotor Tengku Adnan di Putrajaya

Laporan Polis di buat oleh terhadap Tengku Adnan atas penyebaran buku Fitnah terhadap Husam,
Pesan awal-awal kepada Husam supaya tidak bermain Taktik kotor hanyalah sandiwara untuk menutup kekotoran yang sedang mereka mainkan........Hampeh......


Video streaming by Ustrea Wahai UMNO-BN, antara kamu masih belum ku temui manusia yang betul-betul ikhlas dan baik, serta bersih hatinya.........

Debat Putrajaya : Husam Mempelawa Muhyiddin untuk berdebat isu Kebajikan Guru

Dalam sidang media Dato Paduka Hj Husam Bin Musa, di Pusat Media Pas, Presint 9 , Putrajaya , beliau menawarkan diri untuk siri pertama Debat Putrajaya dan mempelawa Tan Sri Muhyiddin Yassin MANTAN Timbalan Perdana Menteri untuk berdebat bersama, Isu yang dibawa ialah isu KEBAJIKAN GURU, Apa Komen Tan Sri Muhyiddin ???

Menjawab Adakah Benar Ku Nan tidak guna taktik kotor - SInar Harian 24 April 2013

Ku Nan nafi guna taktik kotor - Sinar Harian



PUTRAJAYA - Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan Datuk Husam Musa bahawa beliau menggunakan taktik kotor untuk memenangi Putrajaya.
Tengku Adnan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian untuk menyandang kembali Parlimen itu yang dipegangnya selama dua penggal.
"Saya harap dia (Husam) jangan guna taktik kotor. Dia kata saya guna taktik kotor, saya tidak pernah berbuat demikian," katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Tanpa menjelaskan taktik kotor yang didakwa, Tengku Adnan berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana warga Putrajaya sudah lama mengenalinya dan terserah kepada mereka untuk membuat pilihan.

Sumber: Sinar Harian
 


Taktik Kotor tak perlu nak di selindung lagi.


1) Mengupah remaja dan samseng untuk mensabotaj bendera-bendera Pas.

2) Provokasi menggunakan samseng dan mat rempit untuk mnganggu ketenteraman.

3) Penyebaran risalah-risalah fitnah terhadap pemimpin pakatan, ke pintu-pintu rumah, sedangkan ia adalah dilarang.






4) Provokasi di hadapan SurauAbd Rahman Auf Presint 11, Ketika ini, Dato Husam Musa hendak pulang ke Presint 9 untuk Ceramah Umum beliau, setelah menjamah jamuan Nasi Arab dan kambing bakar di Surau tersebut yang disediakan ahli qaryah surau. Memalukan penduduk Putrajaya. Gentar dengan Dato Husam agaknya, walaupun sudah penuh bendera-bendera serta billboard mereka keliling Putrajaya. Mungkin mereka juga lupa Tengku Adnan merupakan "Orang Luar". Beliau merupakan orang Melaka, dan DS Najib adalah orang Pekan. Kesian, mungkin juga nakkan nasi arab dan kambing bakar kot? - Pas Putrajaya



Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dari Putrajaya. Powered by Blogger.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!