Gempar !!! Husam Bayar Orang Ramai Untuk Datang Ceramah di Presint 9 ~!

Tajuk di atas itulah yang akan digunakan oleh blogger-blogger jongos UMNO, Hakikatnya, benih kemenangan yang kini dilihat semakin berputik di P-125 Putrajaya.

HARI INI DALAM SEJARAH PUTRAJAYA

Buat julung kalinya Ceramah Umum yang di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9 menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan  yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat. Negara Demokrasi. Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap  satu, Malaysia.~!



Dalam ribuan yang hadir, ternyata ramai juga penjawat Awam yang sudah berani tampil menunjukkan sokongan secara terbuka, dan ada juga yang mendengar dari jauh, di bawah-bawah pokok sekitar padang Presint 9. Lori LED yang pertama di Malaysia menambahkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat dan Fakta selain manifesto dari Calon .

Penceramah

1) Tan Sri Muhammad Mohd Taib
(Mantan MB Selangor)

2) Dr. Zaiyadi Hj Awang Noh
(Mantan ketua pemuda UMNO Kelantan)

3) Dato Paduka Hj Husam Musa
(Calon P-125 Putrajaya)

 Barisan Penceramah

Bakal Ahli Parlimen Putrajaya menyampaikan ceramah


Kehadiran anak muda yang kini bangkit menyokong perjuangan Islam tanpa perlu mengharapkan ganjaran.

Suasana dari pandangan belakang, 100 Meter dari pentas ceramah, di kiri dan kanan masih ramai lagi yang khusyuk mendengar fakta & hujah dari penceramah.

Sudut di sebelah pentas utama


Kami berhujah guna FAKTA bukan  hentam dan FITNAH semata-mata, budaya LUCAH dan SAMSENG bukan budaya kita, Kami ingin UBAH kerana kami sayang MALAYSIA.

You can leave a response.

9 Responses to “Gempar !!! Husam Bayar Orang Ramai Untuk Datang Ceramah di Presint 9 ~!”

  1. WAH RAMAINYA KAKITANGAN KERAJAAN KE SANA

    ReplyDelete
  2. Kaki tangan kerajaan tersmasuk pengundi2 kawasan Putra Jaya yang akan mengundi Hj Husam lah. Insya'Allah PR akan tawan Putra Jaya. Manusi merancang Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebeh sumpurna

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Aneh masih ramai yang masih di belengu
    http://orangpagoh.blogspot.com/2013/04/keluar-dari-kepompong.html

    ReplyDelete
  4. I watch development in Putrajaya and I m so happy that PAS has sent a great man Husam there. In his ceramah, he is very down to earth. He talks about improving the lives of the people living in Putrajaya eg everyday issue like parking, playground, etc. He wants to set up bilik gerakan to help the rakyat.Great. And with him there, we can be assured that he will not steal one cent from the rakyat. This I know if PAS is involved. I bet the people of Putrajaya will find Husam a great man and vote him. cheers.

    ReplyDelete
  5. saya kenal HJ HUSAM semasa dia berkempen untuk ANWAR IBRAHIM masa PRU12....dan saya yakin dia adalah calon yang paling tepat untuk menerajui PUTRAJAYA.......SYABASSSS......

    ReplyDelete
  6. Tolong cikgu-cikgu yang masih di berlenggu beban kerja tambahan keranian.Kami nak anak murid kami berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. Ramai guru yang sudah 2 tahun tamat pengajian PJJ tertapi masih menunggu temuduga. Alasanya (SPP) tiada kekosongan..... hampa dan kecewa.

    ReplyDelete
  8. Umno/BN kalau hendak dihormati perlu belajar menghormati pandangan pihak lain terutama pandangan rakyat

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah tunjukkan hidayah kepada UMNO. Allah maha adil. Saksikan kebenaran Allah s.w.t, sama-samalah kita berdoa agar kali ini negara lebih baik di bawah PR

    ReplyDelete

Dari Putrajaya. Powered by Blogger.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!