Ambang kepincangan UMNO semakin memuncak bila 61 orang antara pimpinan mereka telah bertanding di atas tiket bebas. Ini lagi hebat dari orang kampung masuk UMNO yang senantiasa di war-warkan di media-media UMNO bila tiba Pilihan Raya, Pemimpin yang mempunyai pengikut yang ramai dan mereka mampu menghalang kemenangan 2/3 UMNO. Semoga mereka diberikan hidayah untuk bersama-sama PR, Peralihan Kuasa itu pasti akan lebih lancar.........InsyaAllah.....
Petikan Umno Online
KUALA LUMPUR, 22 April – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 58 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.
“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.
“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.
“LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini.”
Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.
“Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional.
Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:
SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13
BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)
2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA
12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM
16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)
17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI
18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD
19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM
20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR
21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER
22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR
23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN
24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN
25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR
26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD
27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB
28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM
29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR
30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA
31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE
32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI
33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS
34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG
35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL
36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI
37. HUSSEIN BIN MUMAKIL
38. JULKALANI BIN ABD RAHMAN
39. MAMAT BIN BALHANA
40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP
41. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS
42. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG
43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR
44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH
45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH
46. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR
47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI
48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT
49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK
50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD
51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA
52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL
53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN
54. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF
55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA
56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN
57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON
58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL
Ayuhlah Bersama Pakatan Rakyat