[Kemaskini]
Sekumpulan Remaja bermotosikal yang dibayar dan diberi baju T Percuma yang tertera logo sama seperti Guni Baja, telah melakukan provokasi di Markaz Pas Putrajaya di Presint 9 pada jam lebih kurang 1.00 Pagi. Oleh kerana kedudukan markas kanopi PAS yang Strategik, di tepi jalan utama Presint 9, Mereka mahu mendirikan markas mereka cukup-cukup hampir dengan markas PAS, sedangkan markas mereka sudah didirikan hampir 200 meter dari markas PAS di sebelah tasik Presint 9.
Sudah Manifesto ditiru, nak jugak markas tepi jalan.....................
Budaya mereka, bila ramai, baru berani.......Rata-rata yang dilihat adalah remaja yang masih belum layak untuk daftar mengundi, mereka diperalat dan dibayar RM50.00 bagi 3 Jam dalam satu malam untuk menunggang motorsikal dan merayau-rayau di sekitar Putrajaya dengan memakai Baju BN.
Ada juga antara mereka yang biadap dan menunggang motorsikal secara merbahaya di samping tidak menghiraukan undang-undang lalu lintas. Anak muda lepasan SPM ini diperalatkan, dan menjadi alat politik BN, Sepatutnya mereka ini perlu di latih untuk menjadi pemimpin yang baik.
Dianggarkan lebih 30 buah motorsikal remaja yang diperalatkan dengan sejumlah bayaran dan Baju T percuma dilatih untuk menjadi Mat Rempit dan samseng, Mereka juga telah di kambing hitamkan untuk menyebarkan risalah fitnah, langkah trdesak dan kotor yang dimainkan untuk menang. Lucah, Samseng dan fitnah Budaya Mereka.......
Namun situasi berjaya dikawal.....
Credit to : Aduka Taruna
Kami berjuang tiada perlukan upah dan wang, tapi kami berjuang atas dasar kesedaran kami untuk menjulang nama Islam Ke Puncak.