Menjawab Adakah Benar Ku Nan tidak guna taktik kotor - SInar Harian 24 April 2013

Ku Nan nafi guna taktik kotor - Sinar Harian



PUTRAJAYA - Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan Datuk Husam Musa bahawa beliau menggunakan taktik kotor untuk memenangi Putrajaya.
Tengku Adnan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian untuk menyandang kembali Parlimen itu yang dipegangnya selama dua penggal.
"Saya harap dia (Husam) jangan guna taktik kotor. Dia kata saya guna taktik kotor, saya tidak pernah berbuat demikian," katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Tanpa menjelaskan taktik kotor yang didakwa, Tengku Adnan berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana warga Putrajaya sudah lama mengenalinya dan terserah kepada mereka untuk membuat pilihan.

Sumber: Sinar Harian
 


Taktik Kotor tak perlu nak di selindung lagi.


1) Mengupah remaja dan samseng untuk mensabotaj bendera-bendera Pas.

2) Provokasi menggunakan samseng dan mat rempit untuk mnganggu ketenteraman.

3) Penyebaran risalah-risalah fitnah terhadap pemimpin pakatan, ke pintu-pintu rumah, sedangkan ia adalah dilarang.






4) Provokasi di hadapan SurauAbd Rahman Auf Presint 11, Ketika ini, Dato Husam Musa hendak pulang ke Presint 9 untuk Ceramah Umum beliau, setelah menjamah jamuan Nasi Arab dan kambing bakar di Surau tersebut yang disediakan ahli qaryah surau. Memalukan penduduk Putrajaya. Gentar dengan Dato Husam agaknya, walaupun sudah penuh bendera-bendera serta billboard mereka keliling Putrajaya. Mungkin mereka juga lupa Tengku Adnan merupakan "Orang Luar". Beliau merupakan orang Melaka, dan DS Najib adalah orang Pekan. Kesian, mungkin juga nakkan nasi arab dan kambing bakar kot? - Pas Putrajaya



Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

You can leave a response.

Leave a Reply

Dari Putrajaya. Powered by Blogger.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!